Thursday 8 January 2015

6 Perkara Yang Perlu Anda Fikirkan Jika Ingin Menyertai Network Marketing

Mengapa perniagaan Network Marketing?

.

..

...

Tidak dinafikan ada yang telah menjana ribuan ringgit setiap bulan setelah menyertai Network Marketing. Tetapi ramai juga yang kecundang di tengah jalan kerana kesilapan-kesilapan yang pastinya merugikan.

Di sini saya ingin kongsikan 6 perkara yang anda perlu fikirkan sebelum menyertai sebarang perniagaan yang melibatkan Network Marketing.


1. Adakah perniagaan Network Marketing itu sesuai untuk anda?

Adakah anda percaya kepada syarikat dan produknya? Adakah ada kemusykilan terhadap produk, pelan pemasaran atau apa-apa yang berkaitan syarikat?

Jangan sertai kalau anda tidak percaya atau was-was kepada syarikat atau produknya. Kalau perlukan pengesahan silalah bertanya. Dapatkan jawapan kepada setiap kemusykilan anda. Jangan bermula semasa anda masih ragu-ragu atau kerana telah ada orang lain yang telah berjaya. 


Kalau anda percaya 100% maka lebih mudah untuk anda membuat penerangan kerana nada penerangan anda itu akan lebih mudah dipercayai.


2. Bagaimana dengan hasil pendapatan dari syarikat?


Jangan terus percaya bulat-bulat dengan dengan dakwaan syarikat. Ambil masa anda dan buat sedikit kajian. Berhati-hati kerana di sebalik semua dakwaan kisah kejayaan beberapa orang, anda perlu tahu yang mereka sebenarnya mengambil masa untuk berjaya. 

Tiada orang yang akan berjaya dalam satu malam dengan Network Marketing. Setiap orang ada learning curve untuk belajar sesuatu yang baru.



3. Lihat siapa yang ingin merujuk anda?

Siapa yang ingin mengenalkan anda kepada perniagaan itu? Adakah penerangannya terlalu bagus hingga sukar dipercayai. Adakah keutamaannya hanyalah ingin mencari orang baharu untuk di isi dalam organisasinya? 

Kepercayaan adalah keutamaan di sini. Orang yang anda percaya boleh membimbing anda untuk berjaya. Biarlahlah tawarannya kurang menarik tetapi anda tahu ia mampu dicapai.

Walaubagaimana pun janganlah anda terus menolak tawaran hanya kerana dia masih belum mendapat hasilnya. Ingatlah semasa anda bermula tiada siapa yang akan terus berjaya. Jika ada uplinenya berjaya dan produknya memang memberangsangkan, mungkin anda juga boleh berjaya. 


4.  Adakah anda dipaksa untuk membeli produk?
Berapa banyak modal yang anda perlu keluarkan setiap bulan? Adakah anda memerlukan produk tersebut? Anda perlu jualkan semula semua produk tersebut?

Memang tak salah untuk anda membeli produk. Tetapi jangan sampai produk yang anda beli tidak anda perlukan dan hanya terperap di rumah sahaja. 

Sebab itu anda perlu memilih syarikat dengan produk yang anda suka dan gunakan sahaja.


5. Berapa banyak masa yang anda mampu curahkan untuk perniagaan anda itu?

Memang cita-cita hampir kesemua orang apabila menceburi bidang perniagaan adalah untuk akhirnya bekerja sendiri. Tetapi harus di ingat, ada juga yang ingin berniaga separuh masa. Dalam masa mengekalkan kerja utamanya, dia ingin menambah pendapatannya bagi tujuan simpanan, bersara dan sebagainya. 
      
Cuma satu kenyataan yang harus anda terima ialah, hasil daripada perniagaan ini adalah berkadaran dengan usaha yang anda curahkan.



6. Adakah anda mempunyai apa yang diperlukan untuk bidang tersebut?

Ada beberapa perkara yang perlu dilihat di sini seperti, etika kerja anda dan skil yang diperlukan untuk berjaya.

Memang benar anda boleh menjadi bos anda sendiri tapi pada masa yang sama anda juga perlu menjadi pekerja yang baik. Bos hanya boleh menentu dan mengarah tetapi pekerja yang baik yang perlu hadir bekerja dan menunggu arahan untuk membuat apa, bila dan dimana.

Dari segi skil pula, ada berita gembira. Kebanyakan dari kita agak liat untuk membuat jualan. Dalam Network Marketing yang bagus, anda hanya perlu menjual diri anda sahaja. Di sini lah rangkaian memainkan peranannya. Binalah rangkaian yang luas dan hebahkan apa yang anda sedang lakukan. In Sha Allah perniagaan akan makin berkembang selaras dengan berkembangnya rangkaian anda.

.

..

...


Lebih baik anda berhenti seketika dan berfikir sebelum menyertai mana-mana Network Marketing. Tetapi setelah anda mengambil keputusan, jangan tunggu lagi. Lebih cepat anda bermula lebih cepat anda akan mencapai cita-cita dan impian anda.

Jika anda masih mencari-cari apa jenis perniagaan Network Marketing yang anda ingin lakukan, apa kata anda mencuba>> Tone Excel


Gunakan platform >> ini << bagi membantu anda membuat promosi secara mudah.


Nushaimin Basharudin
www.toneexcelrawang.blogspot.com

No comments:

Post a Comment